Saya pilih zen-cart untuk kedai online saya di www.gmbizspot.com kerana beberapa sebab.
Sebab pertama - Zen-Cart (zc) telah lama bertapak di internet - sejak tahun 2003. Oleh itu boleh dikatakan zc telah mencapai standard yang boleh dikatakan mature untuk keseluruhan fungsi-fungsi yang digunakan.
Sebab kedua - support dari pengguna-pengguna zc di seluruh dunia sangat memuaskan. Setiap permasalahan yang saya utarakan di melalui forum zc di http://www.zen-cart/forum akan mendapat maklumbalas / penyelesaian tidak sampai 24 jam. Malah ada jawapan yang saya perolehi tidak sampai setengah jam.
Sebab ketiga - modul-modul tambahan yang di sediakan di bahagian dowload addons sangat mudah digunakan dan sekali lagi, kebanyakan modul-modul ini akan disediakan ruangan bantuan khas di dalam forum zc.
Sebab keempat - untuk perancangan jangka panjang, jika ditakdirkan saya ingin mengembangkan zc menggunakan kaedah affiliate, JROX adalah perfect match untuk digunakan sebagai agen untuk mengendalikan program affiliate zc.
Sebab yang paling penting sekali - of course - saya suka zc!!!
No comments:
Post a Comment